Jannah Is My Dream

D'Boss!

Assalamualaikum Hamba Allah Sekalian ♥ Saya seorang hamba Allah. Just call me Nabila kay ツ Kalau nak follow, silakan :) Please be nice here k ღ


Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Novel Rekaan [ BAB 2 ]



"Awak, bangun awak! Dah tengah hari ni. Awak! Awak!" kata Alia sambil mengejutkan Aidil yang masih berada dalam mimpi. Apabila tiada tanda-tanda suaminya itu mahu bangun, Alia menggerakkan badannya pula. Namun masih tiada jawapan dari suaminya itu. Tiba-tiba... "Sofya, you jangan tinggalkan I sayang. I sayangkan you. Please Sofya.. Please, i beg for you.." Aidil meracau-racau tidak tentu hala. Mengigau agaknya, getus hati kecil Alia. Tapi entah mengapa, Alia berasa sangat sakit apabila melihat suaminya itu mengigaukan perempuan lain. Yelah, hati isteri mana yang tidak sakit apabila suaminya mimpikan perempuan lain. Air mata Alia menitis perlahan-lahan. Dia mengesat air matanya dengan segera. "Ish Alia! Kau ni tak boleh nangis hanya kerana dia mengigaukan perempuan lain. Kau kena tabah Alia oii. Aidil tak kenal kau pon Alia! Korang kahwin pon atas dasar keluarga yang minta." Alia memarahi dirinya sendiri didalam hati. Apa semua ni? Aku sudah mula jatuh cinta dengan suamiku sendiri ke? Takk! Itu semua tak mungkin! Takkk! Alia menjerit tiba-tiba menyebabkan Aidil terjaga. "Em, apa yang tak ni? Sekarang dah pukul berapa ya?" soal Aidil sambil cuba untuk membuka matanya. Terasa sukar untuk membuka mata kerana mengantuk mencengkam diri. Ternyata Aidil dengar akan jeritan Alia itu tadi. Alia kaget. "Eh tak ada apa-apalah awak. Awak salah dengar kot. Dan buat pengetahuan awak, sekarang dah pukul 11:30 wahai putera raja" balas Alia sambil mengekek ketawa kerana dia telah berjaya mengenakan suaminya itu. Rasa gembira bertandang dihati. Muka Aidil merah menahan malu. "Saya salah dengar kot. Ehem. Amboi, seronok lah tu kenakan saya? Dah puas gelak? Gelak tak cover. Tak malu punya isteri. Haha!" kata Aidil lalu membaling bantal ke arah Alia. Kini, giliran Aidil pula ketawa melihat Alia yang menjadi mangsa balingan bantalnya. "Dah, dan. No bantal-bantal now. Ha awak, pergi mandi sekarang! Dah 'harum' sangat dah bau badan awak tu." Alia menukar topik. Sebenarnya dia tidak mahu terlampau mesra dengan suaminya itu. Dia takut.. Takut terjatuh cinta dengan suaminya itu sendiri. "Hello?! Awak? Awak? Are you here?" soal Aidil kerana dia melihat isterinya itu tidak memberikan apa-apa respon terhadap kata-katanya itu. "Ha? Apa? Maafkan saya, saya tak perasan tadi. Boleh awak ulang semula?"balas Alia dengan kelam kabut. Perasaan malu ketika itu hanya Allah yang tahu. Macam manalah dia boleh termenung disaat suaminya itu sedang berbicara. "Tak perasan? Awak mengelamun eh tadi? Mengelamun pasal apa? Ha ulang? Awak ingat saya ni kaset ke apa yang boleh ulang-ulang sesuka hati?" kata Aidil. "Er, maaflah. Ye, saya mengaku saya mengelamun tadi. Saya mengelamun pasal.. er.. nothinglah! Tak penting pun. Oh, kalau awak sudi ulang. Ulanglah.."balas Alia. "Hmm, yelah. Sebenarnya saya cuma cakap 'Ye baiklah, saya nak pergi mandilah ni' tu je. Okay, saya pergi mandi dulu ya?"kata Aidil dengan suara yang mundur sahaja. "Oh okay, pergilah mandi. Jangan lama-lama tau. Boleh kita makan sama-sama nanti." balas Alia sambil melangkah keluar daripada bilik mereka. Alia pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk mereka berdua.