Jannah Is My Dream

D'Boss!

Assalamualaikum Hamba Allah Sekalian ♥ Saya seorang hamba Allah. Just call me Nabila kay ツ Kalau nak follow, silakan :) Please be nice here k ღ


Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Novel Rekaan [ BAB 1 ]



"Wahai Aidil Sufian Bin Mohd Aizat, dengan ini saya nikahkan anda dengan Nur Alia Shanina Binti Ahmad Zaidi, dengan wang ringgit sebanyak RM100 serta sejadah dibayar tunai." kata Tok Imam di Masjid Al-Shi'ah, Putrajaya, semasa akad nikah. "Saya, Aidil Sufian Bin Mohd Aizat, terima nikahnya Nur Alia Shanina Binti Ahmad Zaidi, dengan wang ringgit sebanyak RM100 serta sejadah dibayar tunai." "Sah? Sah?" "Sahhh" Dengan sekali lafaz, maka Nur Alia Shanina atau dikenali sebagai Alia telah sah menjadi isteri kepada Aidil Sufian. Berdebar - debar rasanya kerana kini dia telah menjadi isteri orang. Takut juga kalau - kalau suaminya itu garang macam singa ke cerewet sangat ke apa ke. Ish Alia oi, fikir positif Alia. Positif! 
----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Eh, suara siapa pula tu? Setahu aku, tak pernah lagi aku dengar ada orang yang membaca Al-Quran didalam rumah ni. Ah, fikiran aku je kot" getus hati kecil Aidil Sufian. Namun, dia tidak berpuas hati dengan sangkaannya lalu dia mencari-cari dimanakah punca suara itu datang. "Indah betul suara itu" . Dia mencari-cari siapakah empunya suara itu. Semakin dekat dia ke biliknya, semakin kuat pula suara itu. "Rasanya suara tu datang dari bilik aku. Eh, siapa pulak berani masuk bilik aku ni?" Lalu, Aidil pon masuk ke dalam biliknya itu. Oh rupanya isteri dia yang sedang membaca Al-Quran. Buat pertama kalinya dia melihat isterinya dalam keadaan tidak bertudung. "SubhanaAllah, cantiknya ciptaanMu Ya Allah" kata-kata itu hanya tersimpan didalam hatinya sahaja. 

Setelah kehadirannya disedari Alia, Alia terus mencari tudung lalu memakainya dengan segera kerana terkejut akan kehadiran suaminya itu."Maaf saya masuk macam tu je. Saya cuma nak tahu siapakah empunya suara indah itu. Ternyata awaklah orangnya. Awak marahkan saya?" Aidil memberanikan diri untuk bercakap dengan isterinya. Entah kenapa, apabila bercakap dengan isterinya ini, lidah dia menjadi kelu dan sukar mengeluarkan ayat-ayat 'power' . Padahal selama ni dialah 'playboy' terkenal. Semua perempuan dikautnya. "Assalamualaikum awak. Eh, tidak mengapalah. Saya cuma terkejut sikit. Awak tidak perlu meminta maaf. Kita kan suami isteri. Kita sudah halal disisi Allah. Oh, tadi tu, saya cuma membaca kalimah suci Al-Quran.Ya Allah awak, tidak terlintas di kepala saya untuk memarahi awak. Awak jangan salah sangka ya?" balas Alia dengan sopan sekali. Sejuk hati sesiapa yang mendengarnya. "Waalaikumusalam. Oh, ya tak ya juga ya. Hehe. Em, saya tahu kita suami isteri, tetapi saya tidak sepatutnya membuka pintu begitu sahaja tanpa mengetuk dahulu. Maafkan saya kerana bertindak agak tidak sopan tadi, awak mahukan memaafkan saya?" rayu Aidil dengan bersungguh-sungguh. Rasa bersalah menyerbu dirinya saat itu. "Tidak mengapa awak. Lupakan jelah benda tu. Awak kan suami saya, sudah tentu lah saya sudi memaafkan awak."kata Alia sambil tersenyum. Aidil membalas senyuman Alia. Baru tenang hatinya kini. "Terima kasih awak. Em, kenapa awak memakai tudung? Kita kan suami isteri. Dah halal pon disisi Allah, hehe." Aidil membalasnya dengan kenyitan mata yang menggoda. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti tergoda! "Sama-sama. Oh itu. Saya.. cuma er.. saya.." "Awak segan dengan saya? Begitu?" Aidil memotong kata-kata Alia. Dia dapat melihat muka Alia yang sudah kemerah-merahan. "Ye, saya segan dengan awak. Saya mengaku, memang awak suami saya dan kita dah sah disisi Allah tapi saya.. saya.. saya segan. Awak orang pertama yang melihat rambut saya selepas ibu dan bapa saya" kata Alia lalu ada manik-manik kecil menitis dimatanya. Aidil terkejut apabila melihat Alia sudah mula menitiskan air mata. "Sayang, awak tak perlu segan dengan saya. Saya suami awak. Awak isteri saya. Dah, jangan nangis. Tak comellah awak nangis-nangis macam ni. Saya takkan paksa awak buka tudung okay? Please smile for me dear. Please..." balas Aidil seraya mengesat air mata Alia. So sweet! "Okay, okay, saya tak nangis dah. Eh kejap kejap, awak panggil saya sayang? Gatallah awak ni. Eee" kata Alia lalu memukul bahu Aidil berkali-kali. Dia melarikan diri ke bilik air kerana bimbang Aidil akan membalas perbuatannya itu. Aidil hanya tersenyum nakal.